arena

Idam kutip lapan emas

Oleh BERNAMA

INDONESIA menyasar untuk membawa pulang sekurang-kurangnya lapan pingat emas olahraga dan akan menjadikannya sebagai kayu pengukur apabila menjadi tuan rumah Sukan Asia Ke-18, tahun depan.

Pengurus pasukan olahraga Indonesia, Mustara Musa, berkata harapan meraih emas itu disandarkan antara lain melalui acara marathon lelaki, lontar peluru wanita dan hepthathlon

“Persiapan sudah kami lakukan dengan baik, mudah-mudahan Indonesia berjaya. Latihan untuk Sukan Asia juga akan terus dilaksanakan,” katanya selepas menghadiri mesyuarat Pengurus Pasukan Olahraga KL2017 di Kuala Lumpur, hari ini.

Pada Sukan SEA Singapura dua tahun lalu, Indonesia memenangi tujuh emas melalui 10,000 meter lelaki dan 20km jalan kaki serta 5,000 meter wanita, 10,000 meter, lompat jauh, lompat kijang dan 3000 meter lari berhalangan.

Ditanya sama ada sasaran emas turut disandarkan pada jaguh pecut mereka Yaspi Bobby, Mustara hanya berkata: “Lihat persiapan akhir nanti.”

Pada Sukan SEA Singapura, Bobby memenangi pingat perak 100 meter dan gangsa 4x100m lari berganti-ganti.

Disiarkan pada: August 18, 2017 @ 9:49pm
d