arena

Mane 'si laju' idola EPL

Oleh Daily Mail

SADIO Mane digelar ‘Running Man Liverpool’.

Penyerang dibesarkan di Senegal itu akan berlari sejauh lima kilometer ke stadium dan membuat tujuh pusingan di trek sebelum sepak mula perlawanan ketika zaman remajanya.

Penjaring pertama ketika seri 3-3 menentang Watford dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) minggu lalu kini mejadi pemain kesayangan jurulatih Reds, Jurgen Klopp.

Malah Mane adalah pemain terpantas skuad Liverpool ketika ini dengan kemampuan berlari sepantas 34.7 km/h (21.6 bsj).

Mane tidak mengambil masa lama untuk menjadi ‘budak poster’ buat Klopp selepas hikayat belum ada kesudahan menyelubungi Philippe Coutinho.

Pemain lasak itu juga mampu menukar gear kepantasan mempamer penyudah tajam di depan pintu gol.

Kelebihan dimiliki membolehkannya mencapai impian menjayakan cita citanya.

Semuanya bermula di sebuah perkampungan digelar Banbali berdekatan bandar Sedhiou di selatan Senegal.

Ibu Mane Satou Toure mahukannya mendapat pendidikan yang bagus dan meyakinkannya untuk menjadi pemain bola sepak yang baik satu hari nanti.

Bakatnya paling menyerlahnya adalah kelajuan.

Dia mempunyai ketahanan (stamina) serta kepantasan yang membuktikannya selaku pemain paling laju dalam ujian nadi Liverpool musim ini.

“Ia semulajadi buat saya,” kata Mane yang mengagumi bintang Brazil Ronaldinho ketika zaman remajanya.

“Saya tak perlu bekerja keras untuk mendapatkannya. Ia anugerah Tuhan kepada saya. Sekolah saya sentiasa ada lumba lari. Bagus terhadap murid murid. Saya juga boleh berlari jarak jauh.

“Saya berlatih di gimnasium dengan dua kali seminggu melakukan latihan perut. Ia sangat penting. Saya tahu tubuh badan saya dan apa perlu dilakukan untuk kebaikan saya.

“Saya ada chef memasak dan suka makanan berkhasiat. Saya tidak minum alkohol dan tidak pernah mencubanya. Saya juga tidak merokok”.

“Saya memegang rekod berlari musim ini di kelab ini. Saya suka berlari. Saya tidak membawa beg hanya membawa but dan berlari. Malah, saya juga tidak menaiki motosikal. Saya lihat ke trek dan terus berlari tujuh pusingan”.

Disiarkan pada: August 19, 2017 @ 2:30pm
d