arena

Pemain ragbi wanita belum putus asa [METROTV]

Oleh HM Digital

Kuala Lumpur: Ketua pasukan skuad ragbi wanita, Normasyirah Zahari mengakui mereka masih belum berputus asa walaupun hanya mencatat satu kemenangan ke atas Laos 36-0 dan tumpas kepada Singapura 0-15 serta Thailand 5-38.

“Kami sudah memberi amaran kepada Filipina esok (hari ini) bahawa kami akan menumpaskan mereka selepas berjaya melakukan try ketika menentang Thailand tadi (semalam).

“Memang mereka pemenang gangsa untuk edisi terdahulu tapi peluang kami untuk menang esok 50-50.

“Seboleh-bolehnya kami mahu mencapai sasaran untuk mara ke separuh akhir dan memenangi pingat. Jika mara ke separuh akhir ia satu bonus. Tidak ada apa yang perlu diperbaiki untuk aksi esok kecuali memperkuatkan mental serta fokus,” katanya.

Disiarkan pada: August 20, 2017 @ 4:06am
d