arena

Becker 'ketua tenis' DTB

Oleh AFP

BERLIN: Juara enam gelaran Grand Slam, Boris Becker akan dinamakan sebagai ‘ketua tenis’ Persekutuan Tenis Jerman (DTB) yang pertama.

Bekas pemain berusia 49 tahun itu diisytiharkan muflis Jun lalu, namun diberikan peranan baru yang mana beliau akan menguruskan semua pasukan tenis lelaki Jerman dan mengendalikan segala urusan pasukan Piala Davis.

Bekas kapten Piala Fed, Barbara Rittner akan menjadi ketua tenis wanita.

Pelantikan mereka akan dibuat secara rasmi pada satu sidang akhbar di Frankfurt esok.

“Tapi Rabu ini akan ada kejutan lain,” kata naib presiden DTB, Dirk Hordorff.

Becker, pemain lelaki termuda menjuarai Wimbledon pada usia 17 tahun pada 1985, akan cuba membantu Jerman mengelak tersingkir daripada Kumpulan Dunia Piala Davis pada aksi play-off menentang Potugal dari 15 hingga 17 September depan.

Becker dilaporkan melahirkan minat bekerja dengan DTB Februari lalu selepas menamatkan tugasnya sebagai jurulatih pemenang 12 gelaran utama Novak Djokovic.

Disiarkan pada: August 22, 2017 @ 10:44am
d