arena

Skuad KJ tumpaskan Brunei

Oleh Haika Khazi

SKUAD polo negara mengalahkan Brunei 12-4 dalam perlawanan disaksikan ribuan peminat di Pusat Equastrian Putrajaya di sini, hari ini.

Pasukan Malaysia yang turut dianggotai Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, menunggang kuda bernombor 1 bermula garang melakukan serangan ke kubu lawan seawal minit pertama.

Pasukan Brunei turut dianggotai kerabat diraja Brunei, Puteri Azemah Ni’Matul Bolkiah dan Putera Abdul Mateen Bolkiah.

Serangan bertali arus pasukan polo negara membuatkan hasil apabila Kapten Malaysia, Shaik Reisman Mohamed Ismail menjaringkan gol sulung pada chukka pertama.

Bagaimanapun, Brunei berjaya menyamakan gol menjadikan jumlah jaringan 1-1, sebelum Malaysia menjaringkan gol kedua menerusi Shaik Reiman.

Malaysia dan Brunei bertukar-tukar serangan, sebelum Brunei menambah jaringan menjadikan kedudukan seri 2-2.

Malaysia melancarkan serangan bertali arus ke kubu pertahanan Brunei sehingga tamat masa permainan ke-5 dengan keputusan akhir 12-4.

Disiarkan pada: August 22, 2017 @ 7:27pm
d