arena

Cancelo perkasa Inter

Oleh AFP

ROME: Pertahanan kanan Portugal, Joao Cancelo menyertai Inter Milan secara pinjaman dari Valencia selepas pemain tengah Perancis, Geoffrey Kondogbia berpindah ke kelab Sepanyol itu, umum kelab Itali itu semalam.

Cancelo, 23, akan menghabiskan musim 2017-18 di Milan ketika Inter mempunyai pilihan untuk menjadikannya perpindahan tetap, menyamai perjanjian Valencia bersama Kondogbia.

Bekas produk Benfica, Cancelo menghabiskan tiga tahun terakhir bersama Valencia dan sudah menjaringkan tiga gol dalam lima penampilan bersama pasukan negaranya.

Inter memulakan kempen baru Serie A dengan kemenangan 3-0 ke atas Fiorentina hujung minggu lalu.

Disiarkan pada: August 23, 2017 @ 10:09am
d