arena

Gagal tamat kemarau emas

Oleh Fabian Peter

PENANTIAN Malaysia untuk menamatkan kemarau kejuaraan badminton berpasukan lelaki berterusan apabila skuad negara tewas 0-3 kepada Indonesia pada final di Sukan SEA Kuala Lumpur 2017, hari ini.

Ia emas keempat berturut-turut buat Indonesia dalam acara berpasukan lelaki sejak Sukan SEA Korat, Thailand 2007.

Pada perlawanan perseorangan pertama, pemain negara Iskandar Zulkarnain Zainuddin tewas kepada jaguh Indonesia Jonatan Christie 18-21, 17-21.

Beregu negara Ong Yew Sin-Teo Ee Yi pula tewas 12-21, 21-16, 14-21 kepada pasangan Alfian Fajar-Muhammad Rian Ardianto menjadikan kedudukan Malaysia 0 Indonesia 2.

Peluang Malaysia untuk merangkul emas tidak kesampaian apabila perseorangan kedua Lee Zii Jia tunduk di tangan pemain Indonesia Ihsan Maulana Mustofa 11-21, 11-21 dalam masa 29 minit.

Gangsa menjadi milik Singapura dan Thailand.

Acara individu akan bermula Sabtu ini.

Disiarkan pada: August 24, 2017 @ 7:09pm
d