arena

Silat tukar vanue

Oleh Ferzalfie Fauzi

ACARA pencak silat Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 akan berpindah dari Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) ke Stadium Juara, Bukit Kiara bermula Isnin ini dan berakhir Selasa depan atas faktor keselamatan.

Menurut Setiausaha Agung Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA), Datuk Megat Zulkarnain Omardin, keputusan dibuat atas faktor keselamatan selepas berlakunya susulan limpahan penonton mengatasi 1,000 kapasiti sedia ada.

“Kami akan mula beroperasi di Stadium Juara Isnin ini. Bermakna aksi hari keempat silat Ahad ini ditunda ke Isnin (28 Ogos) dan acara penutup, silat olahraga peringkat akhir kekal 29 Ogos (Selasa). Jadi aksi di sana membabitkan dua hari.”

Jelasnya acara itu bukan saja dihadiri penonton dan penyokong dari Malaysia, malah membabitkan peminat Indonesia dan Singapura.

Semua alatan termasuk dari segi penyiaran akan mula dipindahkan ke Stadium Juara mulai esok sebaik acara seni tunggal berakhir di KLCC.

Disiarkan pada: August 25, 2017 @ 3:29pm
d