arena

Quraataina tamat kemarau BMX

Oleh Azlan Muhammad Zain

PINGAT gangsa acara BMX wanita yang dimenangi Malaysia hari ini adalah pingat pertama Malaysia sejak acara itu mula dipertandingkan di Sukan SEA pada 2011.

Noor Quraataina Mamat menyumbang pingat itu dalam pertandingan di trek BMX, bersebelahan Velodrom Nasional Malaysia, Nilai.

Pelumba dari Terengganu itu menamatkan saingan pusingan ketiga pada kedudukan ketiga dengan 11 mata secara keseluruhan.

Emas dimenangi pelumba Indonesia Elga Kharisma Novanda (tiga mata) dan perak diraih Chutikan Kitwanitsathian dari Thailand yang mengumpul enam mata.

Seorang lagi pelumba negara Ariana Nurminda Arifin tempat kelima dengan 15 mata.

Harapan bagi kategori lelaki tidak kesampaian apabila Ahmad Syazrin Awang Ilah menamatkan saingan pada kedudukan keenam.

Disiarkan pada: August 26, 2017 @ 7:15pm
d