arena

Aguero 'serang' pegawai keselamatan

Oleh AFP

BOURNEMOUTH, England: Dakwaan terhadap penyerang Manchester City, Sergio Aguero menyerang pegawai keselamatan stadium ketika meraikan gol kemenangan 2-1 pasukannya di Bournemouth semalam ditarik balik.

Raheem Sterling menjaringkan gol kemenangan City pada minit ketujuh masa kecederaan di Stadium Vitality sebelum meluru ke kawasan penyokong pelawat untuk meraikan jaringan itu, yang mana dia disertai beberapa rakan sepasukan.

Pegawai keselamatan dan polis campur tangan untuk mengelak penyokong menyerbu padang dan dalam satu kenyataan kepada polis selepas perlawanan itu, seorang pegawai keselamatan mendakwa dia diserang oleh Aguero.

Namun Bournemouth kemudiannya menarik balik dakwaan itu yang dianggap “salah faham” dan mengesahkan tiada sebarang serangan dilakukan penyerang Argentina itu.

“AFC Bournemouth sedar mengenai insiden diperkatakan itu yang berlaku berikutan gol kedua Manchester City di Stadium Vitality pada Sabtu,” menurut kelab pantai selatan itu dalam satu kenyataan.

“Kelab ini dimaklumkan kerana salah faham, kenyataan terdahulu mendakwa ada berlaku serangan ditarik balik dan tiada sebarang serangan berlaku.”

Disiarkan pada: August 27, 2017 @ 9:16am
d