arena

Adik Hazard perkuat Blues

Oleh AFP

LONDON: Chelsea mengikat adik Eden Hazard, Kylian dari kelab Hungary, Ujpest semalam.

Kylian akan memulakan kariernya bersama Chelsea dalam skuad pembangunan dan pemain tengah iu mungkin melakukan penampilan pada perlawanan menentang Sunderland, 9 September depan.

“Kylian Hazard hari ini menandatangani kontrak bersama Chelsea dari kelab Hungary, Ujpest dan akan menyertai skuad pembangunan kami,” menurut satu kenyataan dalam laman web kelab.

Pemain berusia 22 tahun itu memulakan karier profesional di negara kelahirannya Belgium, yang mana dia bermain buat White Star Brussels dan Zulte-Waregem.

Dia berpindah ke Hungary pada 2015 dan tampil 42 aksi bersama Ujpest.

Kylian adalah pemain ketiga adik-beradik Hazard menyertai Chelsea selepas Thorgan berada di Stamford Bridge dari 2012 hingga 2015 sekalipun dia lebih banyak dipinjamkan ke kelab luar.

Eden masih belum bermain buat kelab juara Liga Perdana Inggeris itu musim ini selepas mengalami kecederaan buku lali hujung musim lalu namun dia menyertai skuad Belgium menghadapi kelayakan Piala Dunia minggu ini.

Disiarkan pada: August 30, 2017 @ 7:27am
d