arena

Perkasa perpaduan

Oleh Mohd Badlishah Mohd Ali

Petaling Jaya: Demi memperkasakan perpaduan melalui sukan, Kelab Sukan SpotsUnite dengan kerjasama Kelab Golf Seri Selangor tampil menganjurkan Kejohanan Golf Beregu Remaja merebut Piala Shaaban Hussin 2017 yang akan berlangsung di Kelab Golf Seri Selangor, Petaling Jaya. 9 September ini.

Tiga objektif utama pertandingan itu ialah membantu pembangunan golf remaja, melahirkan semangat perpaduan antara peserta berbilang kaum dan menghargai jasa ikon sukan berkenaan, Shaaban Hussin.

Menariknya, walaupun Shaaban kini tidak lagi dapat bermain golf secara profesional selepas terbabit kemalangan, beliau tetap menunjukkan komitmen tinggi dengan mengadakan klinik golf remaja di Kelab Golf Seri Selangor.

Demi berlaku adil, pasangan beregu hanya akan ditentukan menerusi cabutan undi yang akan dilakukan Shaaban sendiri sambil disaksikan ibu bapa dan pegawai selepas pemain melakukan tee-off.

Empat pemain profesional iaitu S Sivachandran, Aidil Haris, Sukree Othman dan Alwarith bersama Shaaban akan mengendalikan klinik golf di putting green selama satu jam 15 minit.

Pertandingan itu terhad kepada 80 remaja berumur 13-17 tahun (lahir antara 2000-2004) menggunakan prinsip 'siapa cepat dia dapat'.

Yuran penyertaan adalah RM100 dan setiap peserta akan menerima baju-t, goodie bag, makan tengahari, minum petang serta buggy dan kedi percuma.

Beregu terbaik dan pemenang 'best gross score' lelaki dan perempuan berpeluang menyertai acara remaja antarabangsa 'Hills Academy Challenge' yang dijadualkan berlangsung November ini di Thailand dengan tajaan penuh SportsUnite dan Seri Selangor.

Empat remaja terbaik itu akan diketuai Shaaban sendiri sebagai pengurus, mentor dan jurulatih.

Kejohanan kali ini turut mendapat sokongan Milo, minuman Isotonik Revive, Antabax, Majlis Sukan Negara, Crestlink, MST Golf, Transview, Sportexcel dan The ClubHouse.

Maklumat lanjut hubungi Pengerusi SportsUnite di talian 019-3255674, Pengurus Besar Seri Selangor, Hairul Zaini (019-6631762) atau emel hairul_zaini @yahoo.
com; TC Gooi-SportsUnite (019-3388757) atau emel gooi1961@hotmail.com.

Disiarkan pada: September 3, 2017 @ 2:35am
d