arena

Wartawan Harian Metro lepas geram, kuasai bowling APMNS

Oleh Mohd Amin Jalil

Seremban: Pemain Harian Metro memperagakan aksi mantap apabila muncul juara Pertandingan Bowling Persahabatan APMNS-Media 2017 yang berlangsung Mydin Seremban 2, baru-baru ini.

Pasukan Harian Metro diwakili Alias Abd Rani, Mohd Helmi Irwandy Mohd Nor dan Mohd Amin Jalil.

Mereka menewaskan RTM Negeri Sembilan dan Angkatan Pertahanan Awam Negeri Sembilan (APMNS) yang masing-masing menduduki tempat kedua dan ketiga.

Setiap pemenang membawa pulang trofi, pingat serta cenderahati.

Pengarah APM negeri Lt Kol (PA) Kamal Mokhtar berkata, pertandingan julung kali anjuran jabatan itu bertujuan merapatkan hubungan antara anggota pasukan dengan petugas media di seluruh Negeri Sembilan.

Menurutnya, selain itu ia juga diharap dapat memupuk semangat kesukanan yang tinggi di kalangan anggota APMNS bagi melahirkan individu yang cergas dan proaktif.

“Saya dapati petugas media negeri ini mempunyai ramai pemain berbakat dan ucapkan syabas kepada mereka yang menunjukkan komitmen tinggi dalam pertandingan ini.

“Saya harap pertandingan ini dapat diadakan setiap tahun,” katanya selepas menyampaikan hadiah kepada pemenang.

Antara pasukan media yang mengambil bahagian termasuk Utusan Malaysia, BERNAMA dan N9kini.com.

Disiarkan pada: September 7, 2017 @ 10:02am
d