arena

Azmin lega percaturan menjadi

Oleh Nazri Abu Bakar

JURULATIH penjaga gol Harimau Malaya, Azmin Azram Abdul Aziz lega penjaga gol muda Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy (gambar) mampu melaksanakan tugas dengan baik dalam kesebelasan utama ketika berdepan Hong Kong pada aksi kelayakan Piala Asia di Stadium Hang Jebat, kelmarin.

Menurutnya, walaupun perlawanan itu begitu penting tambahan penjaga gol Perak itu hanya memiliki satu penampilan antarabangsa namun beliau menaruh kepercayaan penuh memberi peranan kepada Hafizul selepas perbincangan bersama ketua jurulatih Nelo Vingada.

Azmin menyifatkan Hafizul melaksanakan tugasnya dengan baik apabila menyelamatkan banyak percubaan bahaya pelawat terutama menerusi penyerang neutralisasi Hong Kong, Alessandro Leonardo pada setiap babak.

Beliau berkata, usaha gigihnya untuk berada dalam kedudukan sekarang amat poisitif bagi kemajuan prestasi selain jika terus diberi tanggungjawab pada masa akan datang.

“Dia juga berada dalam kedudukan yang betul dan tepat mengagak percubaan lawan namun gol pendahuluan Hong Kong sememangnya sukar dinafikan.

“Tindakannya wajar dipuji selepas bertindak menyelamatkan sepakan penalti yang boleh memisahkan keputusan perlawanan yang ketika itu terikat 1-1 pada masa kecederaan,” katanya.

Sehubungan itu beliau mahu Hafizul terus mengekalkan komitmen tinggi dan tidak alpa dengan kedudukan sekarang sambil perlu terus berdisiplin serta meningkatkan prestasi.

Disiarkan pada: September 7, 2017 @ 5:09pm
d