arena

Hughes pekik 'boleh belah' pada Mourinho

Oleh Daily Mail

PENGURUS Manchester United Jose Mourinho enggan berjabat tangan dengan Mark Hughes selepas dihambur perkataan ‘boleh belah’ oleh pengurus Stoke itu, menurut sumber pasukan Manchester United.

Hughes turut meminta pengadil Neil Swarbrick agar mengarahkan Mourinho duduk di bangku penonton selepas pengurus Portugal itu memasuki kawasan teknikalnya.

Perbalahan bermula pada penghujung perlawanan ketika aksi dua pasukan terbabit berkesudahan 2-2.

Ketika itu, Hughes berbalah dengan pegawai perlawanan ketika Stoke bersedia mengambil sepakan percuma tetapi Mourinho tiba tiba menghampiri Hughes tetapi ditolak di bahagian dada.

Sumber United memberitahu: “Jose mahu menyusun benteng pertahanannya selepas berlaku kekasaran dan Hughes berjalan memberitahu Jose, ‘boleh belah’.

Boss Stoke memberitahu: “Saya menolaknya kerana dia masuk kawasan teknikal saya. Mungkin itu sebabnya dia enggan berjabat tangan. Ia perlu dilihat sebagai keputusan negatif baginya”.

Disiarkan pada: September 10, 2017 @ 2:23pm
d