arena

Hafizh jejak podium Misano

Oleh Saiful Affendy Sapran

PELUMBA Moto2 negara beraksi untuk pasukan PETRONAS Raceline Malaysia Hafizh Syahrin Abdullah meraih podium ketiga pada Grand Prix San Marino, hari ini.

Podium itu adalah yang pertama untuknya di luar Malaysia selepas beraksi pada musim penuh di Moto2 sejak 2014.

Bermula di petak ke-14 dalam keadaan litar basah, Hafizh mempamer tunggangan meyakinkan untuk memotong satu persatu pelumba di depannya.

Perlumbaan itu dimenangi oleh Dominique Aegerter dari pasukan Kiefer Racing sementara Thomas Luthi (CarXpert Interwetten) menamatkan saingan di tempat kedua.

Hafizh pernah menduduki tangga ketiga pada 2012 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) ketika beraksi menerusi tiket wild card dan kemenangan itu hanya diperoleh selepas setahun kerana pelumba meraih podium ketiga ketika itu, Anthony West gagal ujian doping.

Disiarkan pada: September 10, 2017 @ 8:09pm
d