arena

Tunggu...

Oleh AFP

Manchester: Pep Guardiola berkata masih banyak yang perlu dibuktikan penyerang baru Paris Saint-Germain Kylian Mbappe sebelum boleh dianggap setaraf pemain terhebat sepanjang zaman selepas Arsene Wenger berkata dia mampu menjadi pengganti Pele.

Pengurus Arsenal itu memuji pemain remaja Perancis itu yang menyertai kelab gergasi Paris dari Monaco pada musim perpindahan, bergandingan dengan bintang handalan Brazil untuk membentuk jentera seraangan digeruni.

Namun pengurus City itu apabila ditanya media semalam membandingkan Mbappe dengan Lionel Messi, yang pernah dibimbing Guardiola di Barcelona, beliau membalasnya dengan berhemah.

“Tiada siapa yang boleh setanding Messi. Mungkin Mbappe, dia pemain terbaik, dia mampu menjadi pemain terkemuka, saya pasti akannya,” kata Guardiola.

“Namun untuk menyamai apa yang dilakukan Messi dalam tempoh 10 atau 12 tahun, atau Cristiano (Ronaldo), sebagai contoh, kita perlu menunggu.

“Saya pasti Mbappe tidak suka jika saya meletakkan lebih beban di bahunya.”

Guardiola berkata penyerang Argentina Messi mempamerkan aksi terbaik setiap musim.

“Saya fikir Messi terbabit dalam 60 hingga 70 perlawanan setiap musim, dalam perlawanan besar, dia sentiasa ada sama ada untuk menjaringkan gol atau membantu jaringan, tidak pernah cedera, bermain setiap tiga hari, tidak cedera kerana dia menjaga dan mengawal tubuhnya,” katanya.

“Itulah sebabnya saya tidak fikir kami akan membantunya dengan mengandaikannya sebagai pengganti. Jadi biarkan Mbappe menempuhi karier yang hebat dan kita lihat apa yang akan berlaku pada masa depan.”

Guardiola juga berkata beliau memberi amaran kepada bintang Manchester City mengenai bahaya media sosial biarpun tidak berhasrat menghalang mereka menggunakannya.

Ramai pemain City terutamanya pertahanan baru dari Perancis Benjamin Mendy, adalah penguna prolifik media sosial.

Mendy yang juga bekas pertahanan Monaco dikritik teruk kerana mengejek pemain Brighton Lewis Dunk di Twitter selepas pemain itu menjaringkan gol ke gawang sendiri ketika menentang City pada perlawanan pertama musim ini.

“Tidak,” kata Guardiola apabila ditanya sama ada mahu mengurangkan penggunaan media sosial dalam kalangan pemain.

“Mereka boleh berkomunikasi, ia sebahagian daripada kehidupan mereka sekarang.”

Saya mahu mereka menghormati orang lain. Saya tidak mahu melihat mereka tidak menghormati rakan sepasukan, pemain lawan, kelab, peminat atau isu yang berlaku di seluruh dunia.”

Disiarkan pada: September 17, 2017 @ 2:24am
d