arena

Kena denda Rooney guna pemandu

Oleh TMZ Sports

SELEPAS lesen memandu digantung selama dua tahun, Wayne Rooney mengambil pendekatan biasa dibuat superstar kaya iaitu menggunakan pemandu khas.

Penyerang Everton itu dilihat menuju ke padang latihan di Finch Farm, Merseyside, semalam menaiki SUV Range Rover berwarna hitam dipandu seorang lelaki.

Dua hari lalu Rooney mengaku bersalah di mahkamah kerana memandu dalam keadaan mabuk.

Hakim perbicaraan menggantung lesen bekas pemain Manchester United itu untuk tempoh dua tahun.

Dia ditahan polis pada 1 September sewaktu memandu kereta VW Beetle selepas pulang dari sebuah bar.

Rooney ketika itu ditemani seorang penumpang wanita dalam kereta terbabit.

Dia kemudian meminta maaf kepada keluarga dan penyokong kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Isnin lalu atas "kurang pertimbangan tidak dimaafkan".

Selain itu, Rooney dikenakan potong gaji dua minggu sebanyak 300,000 pound (RM1.7 juta) dan diarah membuat kerja amal kemasyarakatan selama 100 jam.

Disiarkan pada: September 20, 2017 @ 6:05pm
d