arena

Piala Liga tak penting

Oleh AFP

LONDON: Jose Mourinho mengakui bola sepak Inggeris lebih bagus tanpa Piala Liga, hanya tujuh bulan selepas menjuarai pertandingan itu bersama Manchester United.

Mourinho meraikan trofi utama pertama bersama United apabila pasukannya menewaskan Southampton 3-2 di Wembley musim lalu.

Namun selepas menyaksikan United memulakan aksi mempertahankan trofi dengan kemenangan 4-1 ke atas kelab divisyen dua Burton jauh kurang daripada kapasiti di Old Trafford awal pagi tadi, Mourinho mengakui pertandingan itu lebih sering mencetus keburukan daripada kebaikan.

Mourinho membuktikan di mana letaknya ranking Piala Liga dalam senarai keutamaannya dengan melakukan sembilan pertukaran pemain ketika Marcus Rashford, Jesse Lingard dan Anthony Martial menjaringkan gol United.

Malah bos Burton, Nigel Clough, yang lebih bimbang dengan perjuangan dalam Liga Kejuaraan, turut melakukan sembilan pertukaran sekali gus menjadikan aksi itu pertembungan dua pasukan simpanan.

Hakikat Burton menganggap minggu awal musim lebih penting berbanding kunjungan ke Old Trafford menggambarkan isu itu yang mana Mourinho percaya pertandingan itu patut dimansuhkan.

“Anda tahu, jika pertandingan itu satu pertandingan rasmi, penting buat Manchester United dan saya sebagai pengurus dan saya mahu pemain untuk memikirkan perkara sama,” kata Mourinho.

“Jika anda tanya saya bolehkah bola sepak Inggeris hidup atau lebih bagus lagi tanpa pertandingan ini? Mungkin.

“Mungkin kami boleh lebih cergas bagi pertandingan Eropah.

“Tapi kami ada pertandingan ini, kami perlu menghormatinya, penaja, lawan, profesionalisme dan semua pemain mahu melakukan yang terbaik.

“Jika kami boleh menang, kami menang. Jika kami tidak menang ia kerana lawan lebih bagus berbanding kami.”

Mourinho menjuarai Piala Liga empat kali, termasuk tiga bersama Chelsea manakala United sudah menjulang trofi itu lima kali.

Disiarkan pada: September 21, 2017 @ 1:24pm
d