arena

Rooney berdarah kena siku

Oleh Daily Mail

MUKA penyerang Everton Wayne Rooney berlumuran darah apabila disiku pemain pertahanan Bournemouth, Simon Francis pada perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL).

Rooney terpaksa meninggalkan padang untuk menerima rawatan akibat kecederaan berlaku pada separuh masa pertama kunjungan Cherries ke Goodison Park, semalam.

Darah mengalir pada sekitar kelopak mata yang turut mengenai jersinya ketika ditemani kakitangan perubatan Toffees untuk menuju ke tepi padang.

Biarpun Francis kelihatan seperti meminta maaf kepada Rooney selepas cabaran itu, Rooney mengadu kepada pengadil perlawanan, Martin Atkinson untuk tindakan.

Dia kemudian merujuk kepada pegawai keempat Jon Moss berhubung insiden disiku termasuk menilai rakaman ulang tayang video rungutan pemain terbabit.

Francis bagaimanapun terlepas sebarang tindakan. Dia diejek penyokong tuan rumah ketika menuju terowong bilik persalinan pemain pada separuh masa.

Penyerang Everton itu kembali beraksi selepas mendapat rawatan, menukar jersi dan seluar.

Everton menang perlawanan itu 2-1.

Disiarkan pada: September 24, 2017 @ 4:06pm
d