arena

Gelaran Chong Wei terlucut

Oleh Saiful Affendy Sapran

PEMAIN perseorangan lelaki negara Datuk Lee Chong Wei gagal mempertahankan kejuaraan di Terbuka Jepun selepas tewas 14-21, 21-19, 14-21 kepada juara dunia dari Denmark, Viktor Axelsen di Tokyo, hari ini.

Chong Wei yang tersingkir seawal pusingan pertama di Kejohanan Dunia di Glasgow, Scotland bulan lalu, nyata gagal mempamer aksi meyakinkan di set pertama.

Namun pemain berusia 35 tahun itu cuba bangkit pada set kedua tetapi Axelsen menafikannya dengan meraih kemenangan mutlak pada set penentuan.

Perlawanan sengit membabitkan kedua-dua pemain itu memakan masa 1 jam 15 minit.

Chong Wei mempunyai rekod yang baik di Terbuka Jepun apabila pernah memenanginya sebanyak enam kali bermula pada 2007, 2010, 2012, 2013, 2014 dan tahun lalu.

Disiarkan pada: September 24, 2017 @ 5:01pm
d