arena

'Sanchez penipu!'

Oleh AFP

LONDON: Pengurus West Bromwich Albion, Tony Pulis menyifatkan Alexis Sanchez sebagai penipu selepas mendakwa bintang Arsenal itu sengaja menjatuhkan badan untuk mendapat sepakan pecuma ketika pertembungan Liga Perdana Inggeris, awal pagi tadi.

Pulis berang Sanchez tidak dihukum selepas meraih sepakan percuma pada babak pertama di hujung kotak penalti Albion dengan berlakon dikasari Craig Dawson.

Pengadil Bobby Madley kemudian tidak melayan permintaan penalti Albion apabila Jay Rodriguez dijatuhkan Shkodran Mustafi dengan kedudukan masih terikat 0-0 dan turut memberikan sepakan penalti kepada Arsenal yang disempurnakan oleh Alexandre Lacazette.

Arsenal menang 2-0 berikutan dua gol Lacazette dan Pulis pantas menjelaskan beliau menyampah dengan penyerang Chile, Sanchez.

“Perkara paling mengecewakan adalah Sanchez sengaja menjatuhkan badan bagi sepakan percuma pertama, ia satu penipuan,” tegas Pulis.

“Jay terlalu jujur dan tidak menerima apa yang sepatutnya. Setiap orang menyaksikan apa yang berlaku. Sanchez sebenarnya menjatuhkan diri bagi sepakan percuma pertama dan anda patut melayangkannya kad kuning kerana kesalahan itu.

“Kemudian anda lihat terjahan dalam kotak penalti. Pengadil mempunyai pandangan yang jelas. Setiap orang menyaksikannya dan boleh membuat keputusan sendiri.”

Disiarkan pada: September 26, 2017 @ 10:46am
d