arena

Sevilla pimpin Kumpulan E

Oleh AFP

SEVILLE, Sepanyol: Penyerang Perancis, Wissam Ben Yedder mencetak hatrik membantu Sevilla melonjak ke tangga teratas Kumpulan E Liga Juara-Juara dengan mengatasi juara Slovenia, Maribor 3-0 awal pagi tadi.

Ben Yedder menghasilkan penamat klinikal dari jarak dekat dua kali dalam tempoh 11 minit pada babak pertama (minit ke-27 dan 38) untuk meletakkan tuan rumah di landasan terbaik meraih kemenangan dan melengkapkan hatriknya dengan sepakan penalti tujuh minit sebelum tamat.

Keputusan 1-1 Liverpool di Spartak Moscow menyaksikan kelab Sepanyol itu mendahului kumpulan dengan empat mata berbanding Liverpool dan Spartak dua mata.

“Ia kemenangan yang meyakinkan,” kata bos Sevilla, Eduardo Berizzo.

“Kami menguasai bola dengan baik dan menyudahkan peluang tepat pada masanya.

“Malah pada babak kedua kami lebih banyak menekan dan menang perlawanan ini dengan penuh penguasaan.”

Disiarkan pada: September 27, 2017 @ 10:41am
d