arena

Kalinic terlepas aksi Finland, Ukraine

Oleh Reuters

ZAGREB: Penyerang Croatia, Nikola Kalinic akan terlepas aksi kelayakan Piala Dunia Kumpulan I di laman sendiri menentang Finland dan di gelanggang lawan berdepan Ukraine, menurut persatuan bola sepak negara itu (HNS), semalam.

“Doktor AC Milan dan pasukan kebangsaan Croatia mendapati Kalinic tidak boleh beraksi dalam dua perlawanan itu selepas imbasan menunjukkan kecederaan otot paha,” menurut HNS dalam satu kenyataan.

Penyerang Milan itu menyertai senarai panjang kecederaan buat Croatia bagi dua perlawanan terakhir itu, termasuk pemain tengah Mateo Kovacic, penyerang Marko Pjaca selain pertahanan Vedran Corluka dan Tin Jedvaj.

Pertahanan tengah Liverpool, Dejan Lovren turut terlepas aksi awal pagi Sabtu ini dengan Finland namun mungkin boleh diturunkan bagi perlawanan terakhur menentang Ukraine awal pagi Selasa depan.

Croatia mengungguli kumpulan kompetitif itu dengan 16 mata daripada lapan perlawanan di depan pasukan tangga kedua Iceland menerusi perbezaan gol manakala Turki dan Ukraine masing-masing mengumpul 14 mata.

Disiarkan pada: October 3, 2017 @ 10:54am
d