arena

Lukaku terlepas aksi Bosnia

Oleh Reuters

BRUSSELS: Peledak Belgium, Romelu Lukaku terlepas aksi menentang Bosnia di laman lawan, esok bagi kempen kelayakan Piala Dunia 2018 namun dijangka bermain pada aksi terakhir Kumpulan H di tempat sendiri, minggu depan.

Persatuan Bola Sepak Belgium dalam satu kenyataan berkata Lukaku tidak akan dibawa ke Sarajevo selepas gagal menjalani latihan minggu ini susulan kecederaan buku lali.

Belgium yang sudah pun melayakkan diri ke Russia tahun depan dijadual menentang Cyprus di laman sendiri di sini, Rabu ini.

Justeru, penyerang berbisa Manchester United itu akan meneruskan latihan secara bersendirian di Belgium dalam usahanya untuk kembali cergas.

Disiarkan pada: October 6, 2017 @ 2:42pm
d