arena

Kaunter pendaftaran buka lebih awal [METROTV]

Oleh Zatul Iffah Zolkiply dan Rosli Ilham

Chukai: Walaupun kaunter pendaftaran Kejohanan Harian Metro Mountain Bike Grand Prix (HMMTB) 2017 di Kerteh sepatutnya dibuka jam 3 petang, penganjur terpaksa membukanya 30 minit lebih awal selepas ‘diserbu’ sebahagian besar peserta.

Menyediakan tiga kaunter dengan konsep nombor giliran, peserta mula mendaftarkan diri secara berperingkat membabitkan pelumba awal dari Terengganu, Kuala Lumpur dan Thailand.

Konsep nombor giliran yang diperkenalkan Harian Metro menjadikan proses pendaftaran lebih tersusun.

Selain pendaftaran peserta, peniaga tempatan termasuk dari luar Terengganu sudah mula membuka gerai masing-masing di dalam kawasan Sekolah Kebangsaan Kerteh.

Antara barangan yang dijual adalah baju-t, kasut, aksesori basikal dan minuman serta makanan kesihatan khas.

Pengarah HMMTB, Husain Jahit berkata, sebanyak 2,600 biji pisang sumbangan Tesco turut disediakan sebagai makanan tambahan tenaga kepada peserta.

“Ia akan diletakkan di tiga laluan pemeriksaan bersama air mineral.

“Persiapan berjalan lancar dan diharapkan kejohanan esok (hari ini) berlangsung dengan baik,” katanya.

Disiarkan pada: October 7, 2017 @ 4:16am
d