arena

Messi pacu maruah Argentina

Oleh AFP

QUITO: Lionel Messi dan Argentina masing-masing akan berjuang meneruskan harapan terakhir untuk mara ke Piala Dunia ketika gergasi Amerika Selatan itu dijadualkan menentang Ecuador, esok.

Kunjungan ke Stadium Olimpico Atahualpa itu bukan sekadar memburu slot ke Piala Dunia kerana jika menang, ia juga akan memastikan Argentina berjaya mengelak daripada kegagalan paling memalukan buat negara itu.

Pastinya, perlawanan kali ini akan menjadi tumpuan untuk melihat mungkinkah akan berlaku keputusan luar jangka iaitu Piala Dunia tanpa kelibat Messi.

Juara dunia dua kali itu kini menghuni tangga keenam, zon Amerika Selatan, ketika hanya empat pasukan teratas yang akan layak secara automatik ke Russia 2018.

Hanya kemenangan mampu menjamin kedudukan lebih baik buat Argentina, sekurang-kurangnya untuk berada tempat kelima yang akan membolehkan mereka beraksi di pusingan playoff menentang New Zealand.

Jika menentang New Zealand, Argentina dijangka akan menjadi laluan mudah untuk layak ke Piala Dunia.

Messi, 30, yang juga pemain terbaik dunia lima kali itu sedar penampilan di Russia adalah peluang terbaik buatnya mengikut jejak Diego Maradona menjuarai Piala Dunia.

“Piala Dunia tanpa Argentina dan Messi pastinya memberi ‘malapetaka’ kepada pertandingan itu,” kata hero Argentina pada Piala Dunia 1978, Mario Kempes.

“Sekiranya Messi gagal ke Piala Dunia, penyokong Maradona pasti akan berasa gembira.

Disiarkan pada: October 10, 2017 @ 4:48pm
d