arena

AS gagal layak Piala Dunia

Oleh AFP

COUVA (Trinidad dan Tobago): Amerika Syarikat (AS) gagal layak ke Piala Dunia buat pertama kali sejak 1986 selepas tewas 1-2 kepada Trinidad dan Tobago pada kempen kelayakan Zon CONCACAF, sebentar tadi.

AS memasuki Stadium Ato Boldon dengan sasaran memburu kemenangan untuk meraih tiket ke Russia, tetapi dikejutkan dengan dua gol lawan di babak pertama.

Gol sendiri Omar Gonzalez pada minit ke-17 dan jaringan Alvin Jones, 20 minit selepas itu membuatkan AS cukup terdesak dan cuba bangkit menerusi jaringan Christian Pulisic di babak kedua, namun belum cukup untuk menyelamatkan mereka.

Kejutan itu turut dilengkapkan dengan kemenangan Panama yang mengejutkan Costa Rica, 2-1 dan kejayaan Honduras menewaskan Mexico 3-2, sekali gus menyingkirkan AS.

Panama pula layak buat kali pertama, manakala Honduras yang meraih kedudukan keempat akan bermain playoff menentang Australia.

Disiarkan pada: October 11, 2017 @ 12:37pm
d