arena

Jual tiket Perak-JDT di daerah juga

Oleh Azizan Hashim

TIKET perlawanan separuh akhir pertama Piala Malaysia 2017 antara Perak menentang Johor Darul Ta'zim (Johor DT) di Stadium Perak, Ahad ini akan mula dijual esok.

Setiausaha Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA), Ahmad Shahrul Azhar Soffian berkata, jualan akan bermula 10 pagi hingga 5 petang.

Katanya, PAFA mengamalkan pendekatan berlainan dengan pergi ke daerah untuk bertemu penyokong kali ini.

"Langkah ini bertujuan memberi peluang kepada peminat di luar Ipoh mendapatkan tiket.

"Setiap daerah akan diperuntukkan 1,100 tiket termasuk 100 untuk kanak-kanak," katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar di Ipoh, hari ini.

Katanya, untuk esok, jualan adalah di kaunter Pentas Utama dan kaunter B serta di daerah Slim River, Teluk Intan, Manjung, Kerian dan Kuala Kangsar.

Ahmad Shahrul berkata, jualan di Slim River adalah di Stadium Mini Slim River; Teluk Intan( Stadium Mini Teluk Intan); Manjung,(Stadium Mini Astaka Setiawan); Kerian (Stadium Mini Bagan Serai) Kuala Kangsar (Dewan Jubli Perak).

Sementara pada Jumaat, tiket boleh dibeli di Tapah iaitu di Mini Stadium Tun Ahmad Sarji; Perak Tengah (Mini Stadium Parit); Taiping dan Larut Matang (pejabat Daerah Larut Matang, Taiping); Grik (Stadium Mini Grik); dan Bagan Datok (Pusat Parlimen Masyarakat).

Manakala pada Sabtu dan Ahad tiket hanya dijual di Stadium Perak iaitu di kaunter Pentas Utama, Kaunter B dan E dari 9 pagi hingga 5 petang.

Harga Tiket ialah RM25 bagi dewasa dan

RM 12 (kanak-kanak ) untuk Pentas Utama manakala dewasa (RM 12) dan kanak kanak (RM 5) untuk tempat duduk Terbuka.

Setiap pembelian dihadkan kepada 5 tiket sahaja.

Tiket-tiket juga boleh dibeli melalui dalam talian di http://www.stubapp.com/.

Katanya 28,000 tiket akan dijual kepada penonton untuk perlawanan itu.

Dalam perkembangan lain, Perak memperuntukkan 200 tiket kepada penyokong JDT.

Disiarkan pada: October 11, 2017 @ 8:14pm
d