arena

Strachan lepas jawatan pengurus Scotland

Oleh AFP

LONDON: Gordon Strachan meletak jawatan sebagai pengurus Scotland berikutan kegagalan pasukan itu layak ke Piala Dunia tahun depan, umum Persatuan Bolasepak Scotland (SFA), hari ini.

SFA menyatakan Strachan dan penolongnya Mark McGhee akan meninggalkan pasukan itu “berkuat kuasa serta-merta” untuk memberikan penggantinya masa mencukupi bagi menyediakan pasukan ke kempen kelayakan Euro 2020.

Scotland terlepas tempat ke play-off Piala Dunia selepas seri 2-2 dengan Slovenia di gelanggang lawan pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan, Ahad lalu.

“Saya berkongsi kekecewaan terlepas aksi ke penentuan play-off, terutama selepas bekerja keras untuk menghidupkan peluang kami,” menurut Strachan dalam kenyataan SFA.

“Pemain patut menerima pujian kerana kejayaan mereka bangkit daripada permulaan hambar dan saya mahu mengucapkan terima kasih kepada setiap pemain yang tampil mewakili negara mereka.

“Bersama kami berkongsi beberapa saat magis dan memori ini akan kekal selama-lamanya buat saya.”

Bekas pemain tengah Scotland dan Manchester United, Strachan, 60, dilantik pada Januari 2013 selepas Craig Levein dipecat kerana permulaan buruk pada kelayakan Piala Dunia.

Scotland gagal le Piala Dunia 2014 dan walaupun mempamerkan peningkatan ketika kelayakan Euro 2016, mereka turut gagal meloloskan diri.

Disiarkan pada: October 12, 2017 @ 10:43pm
d