arena

Dovizioso ungguli ujian bebas

Oleh AFP

PELUMBA Ducati, Andrea Dovizioso mencatat masa terpantas pada sesi ujian bebas yang berlangsung dalam cuaca hujan pada perlumbaan MotoGP Grand Prix (GP) Jepun dengan juara dunia, Marc Marquez ditimpa nasib malang pada sesi di sebelah petang.

Pelumba Itali itu merakam satu minit 54.877 saat (s) di Motegi dengan pendahulu kejuaraan dunia, Marquez ketinggalan 0.2s biarpun gagal mengawal jentera Honda miliknya di permukaan litar yang basah.

Aleix Espargaro membawa pasukannya Aprillia muncul pelumba ketiga terpantas dengan catatan 1:55.061s manakala pelumba Yamaha yang juga juara dunia tujuh kali, Valentino Rossi sekadar ke-12 terpantas.

Pelumba Sepanyol, Marquez mencatat masa terpantas pada sesi sebelah pagi dengan catatannya 1:55.418s masih yang terbaik sehingga Dovizioso mempamerkan tunggangan cukup baik untuk mengatasi catatan berkenaan di sebelah petang.

Jorge Lorenzo muncul pelumba keempat terpantas diikuti Johann Zarco dan Danilo Petrucci.Marquez merekodkan gelaran juara dunia di Jepun tahun lalu selepas Rossi dan Lorenzo terbabit dalam kemalangan.

Keputusan gabungan sesi ujian bebas pertama dan kedua:

1. Andrea Dovizioso (ITA/Ducati) 1:54.877s

2. Marc Marquez (ESP/Honda) +0.043s

3. Aleix Espargaro (ESP/Aprilia) +0.184s

4. Jorge Lorenzo (ESP/Ducati) +0.357s

5. Johann Zarco (FRA/Yamaha Tech3) +0.591s

6. Danilo Petrucci (ITA/Ducati Pramac) +0.664s

7. Andrea Iannone (ITA/Suzuki) +0.737s

8. Dani Pedrosa (ESP/Honda) +0.896s

9. Cal Crutchlow (GBR/LCR Honda) +1.272s10. Alex Rins (ESP/Suzuki) +1.352s

Disiarkan pada: October 13, 2017 @ 9:54pm
d