arena

Gol Eropah ke-100 Atomic Flea

Oleh Reuters

LIONEL Messi menyumbat gol ke-100 dalam kejohanan Eropah selepas membantu Barcelona menghampiri saingan kalah mati Liga Juara Juara (UCL) menewaskan Olympiakos 3-1, awal pagi tadi.

Barca beraksi dengan 10 pemain pada babak kedua apabila Gerard Pique dibuang padang dua minit sebelum separuh masa pertama berakhir kerana membuat dua kekasaran.

Jaguh Sepanyol itu tidak tergugat dengan ancaman Olympiakos yang beraksi hambar dan keputusan itu menyaksikan kelab Greek itu tewas semua perlawanan UCL setakat ini.

Gol pertama Barca Nou Camp menjelma m-18 selepas pemain pertahanan Dimitrios Nikolaou tertolak masuk gol sendiri ketika Gerard Deulofeu melakukan hantaran lintang ke arah pintu gol.

Messi kemudian meledak gol kedua kelab La Liga itu pada m-61 menerusi sepakan percuma.

Ia adalah jaringan ke-97 pemain Argentina itu dalam UCL dan tiga lagi diraih menerusi Piala Super UEFA.

“Saya berharap dia akan dapat mencapai 200 gol pada penghujung musim,” kata pengendali Barca, Ernesto Valverde mengenai Messi selepas dia mengumpul 15 gol dalam semua pertandingan dalam kempen UCL memasuki bulan kedua.

“Angka jersi digunakan mengesahkanya. Dia melepasi halangan dengan konsisten.”

Pemain pertahanan Nikolaou, 19, menjaringkan gol tunggal kelab Greece itu di m-89.

Barca masih belum tewas berada di tangga teratas Kumpulan D dengan sembilan mata.

Kemenangan Barcelona di Olympiakos dalam tempoh dua minggu lagi akan mengesahkan tempat ke peringkat kalah mati 16 pasukan.

Disiarkan pada: October 19, 2017 @ 12:56pm
d