arena

Julia, Daria menang bergaya

Oleh Reuters

MOSCOW: Pemain tenis Jerman, Julia Goerges dan Daria Kasatkina dari Russia masing-masing menikmati kemenangan straight set, awal pagi tadi untuk mara ke peringkat separuh akhir Piala Kremlin.

Daria yang menghuni ranking ke-28 dunia mara selepas menumpaskan Aliaksandra Sasnovich 6-4, 6-3.

Menanti pemain berusia 20 tahun itu di peringkat empat terakhir adalah pemain Romania Irina Begu, yang menyelamatkan mata akhir di set ketiga untuk mengalahkan Vera Lapko 6-3, 4-6, 7-5.

Selepas kehilangan dua mata pertama, pilihan ketujuh Julia bangkit menewaskan Lesia Tsurenko 6-3, 6-4 untuk bertemu pemain tuan rumah Vikhlyantseva di separuh akhir.

Bagaimanapun, Vikhlyantseva berdepan laluan sukar untuk ke separuh akhir apabila terpaksa bangkit bagi mengetepikan pemain Perancis Alize Cornet 4-6, 7-5, 6-3.

Disiarkan pada: October 20, 2017 @ 2:20pm
d