arena

15 pasukan semarak kejohanan badminton

Oleh Haika Khazi

Kuala Lumpur: Kejohanan Piala Zakat 2017 mendapat sambutan menggalakkan daripada peserta seluruh negara dengan penyertaan mencecah 15 pasukan termasuk dua wakil dari Indonesia.

Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Pungutan Zakatan - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ - MAIWP), Mohd Rais Alias berkata, beliau amat gembira kerana kejohanan dwitahunan berkenaan yang menutup tirainya petang semalam mendapat bbbbbb b bsambutan menggalakkan termasuk dua pasukan negara jiran.

Mohd Rais berkata, beliau berharap penganjuran kejohanan itu bukan hanya dapat memupuk semangat kesukanan dalam kalangan kakitangan Pusat Pungutan Zakat seluruh negara malah turut berperanan meningkatkan ukhuwah sesama insan.

“Justeru, besarlah harapan saya agar kita semua yang berhimpun di kompleks ini dapat mengambil kesempatan yang ada untuk beramah mesra serta merapatkan ukhuwah Islamiah di kalangan kita tanpa mengabaikan tuntutan syarak dalam bersukan.

“Saya juga berharap semangat ukhuwah ini akan menjadi amalan kita semua dalam menjalankan tugas masing-masing untuk memenuhi misi yang sama-sama kita kongsi iaitu memartabatkan institusi zakat di Malaysia khususnya dan di peringkat antarabangsa amnya.

“Saya yakin jika semangat yang ada ini dapat sentiasa dikekalkan, institusi kita akan dapat menjadi institusi zakat yang utuh berdaya saing dan disegani dalam memartabatkan syiar Islam,” katanya ketika berucap di majlis penyampaian hadiah kepada pemenang Kejohanan Badminton Piala Zakat 2017 di Kompleks Sukan Setiawangsa di sini, semalam.

Pertandingan Piala Zakat mula dianjurkan sejak tahun 2000 lagi dengan penganjuran dua tahun sekali oleh PPZ-MAIWP. Sepanjang sembilan kali penganjuran, Piala Zakat dimenangi Pusat Kutipan Zakat Pahang, Lembaga Zakat Negeri Kedah dan Dompet Dhuafa.

Sementara itu, Pengurus Besar Operas PPZ-MAIWP, Mohammed Hassan ketika ditemui berkata, penganjuran kejohanan berkenaan juga antara lain bertujuan membolehkan pegawai dan pengurusan pusat zakat dari seluruh negara dan Indonesia bertukar-tukar fikiran dan berbincang sambil bersukan.

“Bagaimanapun, kejohanan kali ini menampilkan kelainan tersendiri kerana memperkenalkan kategori Looser Pool, veteran terbuka dan mewajibkan setiap pasukan menyenaraikan satu beregu wanita daripada lima beregu yang berentap dalam acara berpasukan,” katanya.

Disiarkan pada: October 23, 2017 @ 12:00pm
d