arena

Azizulhasni ketuai cabaran negara

Oleh Azlan Muhammad Zain

Kuala Lumpur: Jaguh keirin dunia, Azizulhasni Awang (gambar) akan mengetuai cabaran Malaysia untuk menghadapi dua siri awal Piala Dunia di Pruszkow, Poland dan Manchester hujung minggu depan.

The Pocketrocketman akan bersama-sama Fatehah Mustapa mewakili CIMB Pro Cycling Team manakala Shah Firdaus Sahrom dan Farina Shawati Mohd Adnan mewakili Sime Darby Foundation pada kejohanan yang dijadualkan berlangsung pada 3 hingga 5 November di Poland disusuli 10 hingga 12 November di Manchester.

Manakala Mohd Fadhil Zonis disenaraikan untuk menyertai siri Piala Dunia di Manchester dalam acara satu kilometer ujian masa.

“Azizulhasni, Shah Firdaus dan Farina Shawati akan menyertai keirin dan pecut individu manakala Fatehah hanya menyertai keirin kerana tidak mempunyai mata yang mencukupi untuk turut bersaing dalam pecut individu”kata Pengurus Sukan Berbasikal bagi Program Podium, Mohd Izham Mohamad.

Disiarkan pada: October 26, 2017 @ 12:20pm
d