arena

Red Devils miliki 5 kelebihan

MANCHESTER United akan melayan kunjungan Tottenham Hotspur bagi aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Old Trafford jam 7.30 malam esok.

Berikut adalah lima sebab mengapa skuad bimbingan Jose Mourinho itu memiliki kelebihan untuk menewaskan Spurs yang masih lagi segar dengan kejayaan membenam Liverpool minggu lalu:

1. Rekod semasa dua pasukan itu

United menang semua tiga aksi di laman sendiri apabila bertemu Tottenham Hotspur dengan tidak dibolosi sebarang gol.

2. Kubu kebal Old Trafford

Old Trafford nyata begitu kebal buat United yang menyaksikan mereka unggul memenangi lima aksi di laman sendiri dan turut tidak dibolosi ebarang gol dalam lima perlawanan terbabit.

3. Kelebihan psikologi

Pengendali Spurs, Mauricio Pochettino tewas empat aksi EPL bertemu Jose Mourinho berbanding pengurus lain yang dihadapinya dalam saingan liga.

4. Kombinasi pertahanan terbaik

Dua pertahanan tengah terbaik mereka iaitu Eric Bailly dan Phil Jones dijangka kembali sekali gus mampu mengatasi kerapuhan di benteng pertahanan yang ditunjukkan mereka pada aksi bertemu Huddersfield minggu lalu.

5. Ketiadaan Harry Kane

Ketiadaan penyerang berbisa Spurs itu yang berkemungkinan besar tidak dapat diturunkan akibat kecederaan sudah pasti melegakan United menyebabkan Spurs dijangka bergelut kerana kehilangan pencetak gol utama mereka.

Disiarkan pada: October 27, 2017 @ 8:17pm
d