arena

Shanshan intai kejuaraan ketiga

Oleh Farah Azharie

KESERASIAN pemain China, Feng Shanshan dengan lapangan east TPC Kuala Lumpur terserlah apabila dia melakukan enam bawah par 65 dan semakin hampir untuk menjuarai LPGA Malaysia Sime Darby buat kali ketiga.

Di sebalik ditangguh selama empat jam kerana hujan, Shanshan tidak terjejas dengan semua itu dan mengungguli saingan selepas pusingan kedua hari ini.

“Saya amat tenang. Saya tidur sebentar dan beberapa orang kedi mengambil gambar saya menunjukkan kepada pemain lain, oh, dia tidur lagi.”

Shanshan, juara Kejuaraan Volvik 2017 dan pemain nombor lapan dunia, membenam enam birdie untuk berakhir dengan 11 bawah par 131 secara keseluruhan, mendahului satu pukulan di depan pemain Sweden, Madelene Sagstrom yang mencatat 66 dua hari berturut-turut.

“Saya fikir hari ini secara keseluruhan pusingan yang amat bagus. Saya tak banyak mempunyai peluang birdie seperti semalam tapi saya fikir lebih banyak putt. Jadi, ia membuatkan saya gembira dan saya fikir enam bawha par satu catatan yang amat bagus di sini.

“Saya juga seronok bermain dengan Suzann (Petersen) dan Madelene dan esok saya akan bermain dengan Madelene sekali lagi esok, jadi kami akan berseronok lagi.”

Madelene mengumpul 10 bawah par 132 selepas membenam tujuh birdie bagi menangani dua bogey berturut-turut pada lubang pertama dan kedua.

Madelene, yang tampil bagi musim sulung dalam Jelajah LPGA, mengatasi juara dua kejuaraan utama Cristie Kerr dari Amerika Syarikat dengan satu pukulan.

“Saya berasa bagus. Saya sudah bermain baik selepas ditangguh kerana hujan dan saya amat teruja kembali bersaing.”

KEPUTUSAN PUSINGAN KEDUA

131 - Feng Shanshan (CHN) 66-65

132 - Madelene Sagstrom (SWE) 66-66

133 - Cristie Kerr (USA) 70-63

134 - Kim Sei Young (KOR) 69-65

135 - Danielle Kang (USA) 68-67

136 - Carlota Ciganda (ESP) 70-66, Brittany Lincicome (USA) 69-67, Gaby Lopez (MEX) 68-68, Candie Kung (TPE) 67-69, Nelly Korda (USA) 68-68, Jacqui Concolino (USA) 68-68, Suzann Pettersen (NOR) 67-69, Lydia Ko (NZL) 64-72, Oh Su Hyun (AUS) 65-71

137 - Stacy Lewis (USA) 71-66, Azahara Munoz (ESP) 72-65, Park Sung Hyun (KOR) 68-69, Moriya Jutanugarn (THA) 68-69

138 - Haru Nomura (JPN) 70-68, Chun In Gee (KOR) 72-66, Karine Icher (FRA) 69-69, Ji Eun Hee (KOR) 66-72

Disiarkan pada: October 27, 2017 @ 10:04pm
d