arena

Woods mengaku salah

Oleh AFP

WASHINGTON: Tiger Woods mengaku bersalah di mahkamah Florida awal pagi tadi kerana memandu dengan cuai kata peguam negeri, selepas polis menemui juara golf itu tertidur di dalam Mercedes-Benz miliknya di tepi jalan Mei lalu.

Di bawah perjanjian pengakuan dicapai di Palm Beach County, utara Miami, Woods tidak akan menjalani hukuman penjara kecuali dia melakukan kesalahan besar ketika tempoh percubaan.

Perjanjian itu memerlukan juara 14 kejohanan major itu menghabiskan setahun tempoh percubaan, membayar denda AS$250 (RM1,000), melakukan 50 jam khidmat masyarakat dan melengkapkan “DUI (memandu dalam pengaruh) sekolah”, antaranya kata Dave Aronberg, peguam negeri buat Palm Beach County, kepada AFP.

“Dia tenang” ketika membuat pengakuan kata Aronberg.

Woods, 41, didapati memiliki lima dadah dalam sistem badannya, termasuk ubat tahan sakit opioid, hydrocodone, ketika dia ditahan pada 29 Mei di Jupiter, Florida, menurut laporan toksik dikeluarkan polis pada ketika itu.

Mereka menahannya kerana disyaki memandu di bawah pengaruh dadah.

Laporan toksik juga menunjukkan kehadiran ubat tahan sakit yang kuat hydromorphone; dadah untuk kebimbangan alprazolam (juga dikenali sebagai Xanax); dadah tidur zolpidem (juga dikenali sebagai Ambien) dan THC, komponen kimia ganja.

Woods memberitahu polis, dia mengambil Vicodin dan Xanax bagi menangani masalah sakit belakang kerana pembedahan yang dilakukannya pada April buat kali keempat.

Disiarkan pada: October 28, 2017 @ 11:36am
d