arena

Mannarino buat Federer berpeluh

Oleh AFP

BASEL, Switzerland: Roger Federer terselamat daripada ujian mengejutkan pada kejohanan tenis Dalam Dewan Switzerland sebelum mara ke separuh akhir di laman sendiri buat kali ke-14, awal pagi tadi.

Pemain nombor dua dunia itu terpaksa berhempas pulas sebelum menjinakkan pemain Perancis Adrian Mannarino, 4-6, 6-1, 6-3.

Mannarino, pemain pilihan ketujuh yang tewas 10 set berturut-turut dalam empat perlawanan, mengejutkan penonton di St Jakobshalle apabila memperagakan aksi bertenaga dengan memenangi set pertama.

Namun, Federer yang hanya tewas lapan perlawanan dalam dua perlawanan awalnya, bangkit memenangi set kedua untuk mengheret aksi ke set penentuan.

Pada set penentuan, pilihan utama dari Switzerland itu menyelamatkan mata pada permainan keenam untuk kedudukan 3-3 sebelum mendahului 4-3 dengan pukulan kilas.

Federer, 36, menyelamatkan keadaan satu perlawanan selepas itu dengan melakukan pukulan yang sukar diambil untuk mencipta kemenangan dalam masa satu jam 15 minit.

“Hanya kerana anda tidak pernah tewas satu set, orang mengharapkan ia akan terus berlaku,” kata Federer.

“Tetapi setiap hari anda merasakan ia berbeza. ia sukar untuk dimulakan dan bermain permainan terbaik anda.

“Saya perlu mencari dan bertarung dengan sengit malam ini. Ia sukar buat saya, dia amat kental pada set pertama dan berhak menang. Tetapi tindak balas daripada saya amat penting.”

Disiarkan pada: October 28, 2017 @ 12:06pm
d