arena

Wolf sindir Ecclestone

Oleh Reuters

MEXICO CITY: Bos pasukan Mercedes, Toto Wolff (gambar) secara berjenaka mengucapkan selamat hari lahir ke-92 buat bekas supremo Formula satu (F1) Bernie Ecclestone hari ini – warga Britain itu sebenarnya berusia 87 tahun – dan berterusan memiliki kemampuan untuk mencipta semua kontroversi.

“Dia adalah individu tunggal mampu berada di hujung dunia dan membaling bom tangan yang mampu sampai ke paddock,” kata Wolff.

“Dan saya menyukainya.”

Ecclestone disingkirkan apabila pemilik baharu sukan itu, Liberty Media mengambil alih pada Januari dan kini memegang jawatan selaku pengerusi emeritus, tidak berada di Mexico dalam apa yang disifatkan sebagai perlumbaan penentu, esok.

Bagaimanapun dia mencetus kontroversi dari jauh dengan komen di akhbar Itali, La Repubblica mengatakan Ferrari sebelum ini sentiasa diberikan kelebihan dan membantu pasukan Itali itu ialah “perkara paling bijak untuk dilakukan.”

“Pasukan adalah penting kepada F1, tetapi Ferrari lebih dari itu. Jadi banyak perkara dilakukan sejak bertahun lalu yang membantu Ferrari untuk menang,” kata Ecclestone.

Dia juga mengatakan bahawa Mercedes membantu Ferrari menjadi lebih kompetitif sambil memastikan Red Bull tidak memiliki enjin yang lebih berkuasa.

Wolff mentertawakan dakwaan itu.

“Cerita ini memang menakjubkan dan saya merinduinya sedikit,” katanya.

“Saya merindui bom tangan dan mesyuarat tergempar serta situasi krisis, peraturan dan pemisahan.”

Prinsipal Red Bull, Christian Horner berkata komen Ecclestone adalah klasik dan menyatakan dengan jelas adanya “hubungan rapat” antara Ferrari dan Mercedes yang digambarkan menerusi pertemuan mereka.

“Seseorang tidak akan membuat keputusan sehingga satu pihak membuat perjanjian pada hari ini,” katanya dengan pasukan itu gagal mendapatkan enjin selepas pertelingkahan dengan Renault pada 2015.

Disiarkan pada: October 29, 2017 @ 1:31pm
d