arena

Abdul Malik puas ledak 15 gol

Oleh Asrol Awang

PENYERANG Kuantan FA, Abdul Malik Mat Arif berpuas hati apabila menduduki tangga ketiga penjaring terbanyak Liga Perdana musim ini.

Dengan 15 gol, bekas pemain Pahang itu juga turut mempertahankan kedudukan selaku penjaring terbanyak tempatan untuk dua musim berturut-turut.

Abdul Malik berkata, kejayaan itu amat bermakna selepas menghadapi saingan liga yang mencabar dan memastikan The Seagulls kekal dalam saingan Liga Perdana musim depan.

“Saya berterima kasih dengan sokongan dan kerjasama baik rakan sepasukan sepanjang musim ini. Begitu juga dengan jurulatih yang memberi kepercayaan bukan saja selaku penyerang, malah kapten Kuantan FA musim ini. Saya harap prestasi lebih bagus dapat dipersembahkan untuk meneruskan pencapaian terbaik ini,” katanya.

Berdasarkan rekod, penjaring terbanyak Liga Perdana musim ini adalah penyerang Kuala Lumpur, Guilherme De Paula dengan 27 gol. Ia diikuti Akanni Sunday Wasiu dari UiTM dengan 19 gol manakala Abdul Malik dan pemain Polis Diraja Malaysia (PDRM), Dao Bakary berkongsi 15 gol.

Disiarkan pada: October 31, 2017 @ 1:02pm
d