arena

Tiada rezeki

Oleh AFP

Johannesburg: Bintang Algeria, Riyad Mahrez gagal menempatkan diri dalam senarai 30 calon akhir untuk anugerah tahunan terbaik Afrika 2017 yang diumumkan semalam sekali gus terlepas peluang mempertahankan gelaran pemain terbaik yang dimenanginya tahun lalu.

Pemain sayap itu memainkan watak penting dalam kejayaan Leicester menjuarai kempen Liga Perdana Inggeris (EPL) 2015/16.

Tetapi prestasinya secara tiba-tiba merosot sekali gus diketepikan oleh Algeria yang turut meraih keputusan tidak menentu sejak melayakkan diri ke pusingan kedua Piala Dunia 2014.

Bagaimanapun, masih ada lagi lima bintang EPL yang tersenarai untuk anugerah pemain tahunan terbaik Afrika 2017 dengan penyerang Liverpool Mohamed Salah (Mesir) dan Sadio Mane (Senegal) menjadi pilihan kali ini.

Pertahanan Manchester United, Eric Bailly dari Ivory Coast, Christian Atsu (Newcastle, Ghana) dan pemain sayap Chelsea Victor Moses dari Nigeria turut tersenarai.

Hanya Serie A tidak mempunyai wakil ketika empat pemain daripada La Liga dan Ligue 1 serta dua daripada Bundesliga berjaya melayakkan diri ke pencalonan akhir.

Penyerang prolifik Borussia Dortmund, Pierre-Emerick Aubameyang yang juga pemain tahunan terbaik Afrika 2015 dan naib juara pada tahun lalu turut menjadi calon hangat bagi memenangi anugerah berkenaan.

Disiarkan pada: November 3, 2017 @ 9:10am
d