arena

Jurulatih Liga Malaysia pilih Johor DT

KUALA LUMPUR: Kehangatan final Piala Malaysia antara Kedah dan Johor Darul Ta’zim (JDT) makin terasa.

Malah, penyokong kedua-dua pasukan kini mula mencongak mengenai peluang pasukan masing-masing untuk menjulang trofi berprestij itu.

Tidak ketinggalan, jurulatih Liga Super dan Liga Perdana juga mempunyai pilihan serta ramalan masing-masing. Berikut ramalan mereka menjelang aksi final di Stadium Shah Alam, malam esok.

Disiarkan pada: November 3, 2017 @ 7:08pm
d