arena

Malaysian Tigress di tangga kelima

Oleh Saiful Affendy Sapran

SKUAD hoki wanita negara menamatkan kempen saingan Piala Asia di Kakamigahara, Jepun di tempat kelima selepas menewaskan Thailand 4-0 pada perlawanan penentuan ke-5/6 hari ini.

Seperti dijangka, skuad bimbingan Dhaarma Raj Abdullah tidak berdepan masalah untuk menewaskan seteru utama mereka di rantau Asia Tenggara itu apabila mendahului seawal minit keenam menerusi gol padang Wan Norfaiezah Md Saiuti.

Pertahanan negara Nuraini Abdul Rashid mengukuhkan kedudukan Malaysian Tigers apabila menyempurnakan pukulan sudut penalti pada m-12.

Bersambung separuh masa kedua, Malaysia terus di depan selepas Hanis Nadiah Onn menambah gol ketiga menerusi jaringan padang pada m-45 sebelum Nuraini melengkapkan kemenangan dengan gol keempat hasil pukulan sudut penalti dua minit sebelum tamat.

Penamat tempat kelima itu adalah yang keempat diraih oleh skuad negara sepanjang penyertaan di Piala Asia dengan pencapaian terbaik di tempat ketiga pada 1985.

Disiarkan pada: November 5, 2017 @ 6:46pm
d