arena

Muaz tekad bangkit: Piala Dunia AMF

Oleh Fabian Peter

SUSULAN kesilapan pada pusingan pembukaan awal pagi tadi, pemain bowling negara, Ahmad Muaz Fishol tidak sabar untuk kembali bangkit pada pusingan kedua Piala Dunia AMF di Hermosillo, Mexico.

Selepas enam permainan di pusingan pertama, Muaz mengumpul 1,183 jatuhan pin dan menduduki tempat ke-37.

Hanya 24 pemain teratas selepas tamat pusingan keempat yang dijadualkan berlangsung Jumaat ini akan mara ke peringkat seterusnya.

“Masih awal untuk berkata apa-apa kerana ini baru enam permainan pertama,” kata Muaz.

“Bagaimanapun, saya sedikit kecewa dengan diri sendiri kerana melakukan beberapa kesilapan di permainan pembukaan. Apabila saya menguji lorong pada Ahad, ia adalah berbeza kerana ketika itu dua orang bermain pada satu lorong. Apabila pusingan pertama bermula kami bermain lima orang pada satu lorong dan saya tidak dapat bergerak cukup pantas.”

Muaz yang julung kali bermain di Piala Dunia berkata, masih ada masa buatnya untuk mengubah cara permainan dan melayakkan diri ke peringkat seterusnya.

Sementara itu, pemain tempatan, Arturo Estrada berada di kelompok teratas 64 pemain selepas melakukan 1,433 jatuhan pin.

“Saya tidak terlalu bimbang, kerana perbezaan jatuhan pin adalah tidak terlalu banyak. Masih ada keseluruhan 18 permainan selepas ini, jadi kita tunggu dan lihat.”

Pemain wanita, Siti Safiyah Amirah Abdul Rahman yang membuat penampilan kali keempat bermula baik apabila menduduki tempat ketujuh dengan 1,269 jatuhan pin.

Disiarkan pada: November 7, 2017 @ 9:32pm
d