arena

'Ox' tak patah semangat

Oleh Reuters

LONDON: Pemain tengah Liverpool Alex Oxlade-Chamberlain (gambar) akan terus berusaha menempah tempat dalam kesebelasan utama untuk aksi Liga Perdana Inggeris, kata pemain berusia 24 tahun itu.

Oxlade-Chamberlain, yang memulakan aksi pertamanya buat Liverpool dalam perlawanan Piala Liga dengan kekalahan ke atas Leicester pada September, membuat penampilan pertamanya di liga berkenaan sewaktu menang 4-1 ke atas West Ham, Sabtu lalu.

Pemain England itu turut menjaringkan gol pertamanya buat Liverpool dalam liga berkenaan di Stadium London, yang mendapat pujian pengurus Juergen Klopp.

“Saya mengambil masa untuk menyesuaikan diri dan belajar formasi dan corak permainan yang baru,” kata Oxlade-Chamberlain menerusi laman web kelab itu. (www.liverpoolfc.com)

“Saya perlu bersabar, saya ingin bermain sebanyak mungkin, ia perkara biasa. Satu perkara yang boleh saya lakukan bila mendapat peluang adalah cuba menarik perhatian pengurus dan membantu kemenangan pasukan, hasil jaringan dan mencipta peluang.

“Saya akan terus berusaha melakukannya dan terus memburu kesebelasan utama, seperti juga pemain lain. Itulah yang terbaik, bersaing untuk menempah tiket.”

Liverpool yang kini di tangga kelima liga, 12 mata di belakang pendahulu Manchester City akan menanti kunjungan Southampton, kini di tangga ke-13, 18 November ini.

Disiarkan pada: November 8, 2017 @ 1:32pm
d