arena

Tyson haram masuk Chile

Oleh AFP

SANTIAGO, Chile: Bekas jaguh tinju dunia, Mike Tyson diharamkan memasuki Chile berkuat kuasa semalam berikutan kesalahan jenayah lampaunya, kata polis imigresen di lapangan terbang di sini, semalam.

Jabatan Keselamatan Imigresen Lapangan Terbang Antarabangsa Santiago memuat naik sekeping gambar menerusi tweeter yang memaparkan petinju berusia 51 tahun itu sedang diiringi oleh pegawai.

Tyson ke Chile atas undangan sebuah stesen TV serta memenuhi progam kempen sebuah iklan di sana.

Difahamkan bekas jaguh dunia itu terpaksa dihantar pulang kerana kesalahan ‘tidak mematuhi undang-undang imigresen’, kata kenyataan jabatan itu.

Begitupun polis Chile dalam kenyataan susulan menjelaskan bahawa pihaknya tidak ada kuasa ‘melarang individu asing yang memiliki rekod negatif atau pesalah yang sudah dijatuhi hukuman di negara asal’ daripada memasuki negara itu.

Pada 1992, Tyson didapati bersalah atas tuduhan merogol ratu cantik remaja di sebuah hotel di Indianapolis, Indiana.

Tyson kemudian dijatuhi hukuman penjara enam tahun tetapi dibebaskan selepas menjalani hukuman tiga tahun menerusi peraturan parol.

Disiarkan pada: November 12, 2017 @ 2:27pm
d