arena

CAS tolak rayuan Silva ke Foxes

Oleh Reuters

ZURICH: Permohonan pemain tengah Portugal, Adrien Silva untuk dibenarkan menyertai Leicester City secara sementara ditolak oleh Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS).

Hasrat Silva berpindah dari kelab Portugal, Sporting ke kelab Liga Perdana Inggeris, Leicester dihalang oleh FIFA kerana ia dilakukan di luar tempoh pendaftaran, menurut CAS.

Leicester membeli pemain berusia 28 tahun itu sebelum jendela perpindahan ditutup pada 31 Ogos lalu namun FIFA, yang mengendalikan perpindahan antarabangsa, menerima dokumen selepas tempoh akhir bagi pendaftaran itu tamat.

Silva merayu kepada CAS, tribunal tertinggi sukan, untuk menentang keputusan itu dan turut memohon “tindakan sementara” yang mungkin membolehkannya dibenar mendaftar bersama Leicester hingga rayuan terakhir didengari.

CAS menyatakan dalam satu kenyataan, ia menolak permohonan bagi tindakan sementara itu, namun prosiding akan diteruskan “dan satu keputusan muktamad akan dikeluarkan selepas pendengaran kes, yang belum ditentukan lagi bila.”

Disiarkan pada: November 17, 2017 @ 12:39pm
d