arena

Nazrin tunggu kata putus PAFA

Oleh Azizan Hashim

PENYERANG Perak, Nazrin Nawi masih menunggu kata putus dari Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) berhubung kedudukannya bersama pasukan itu bagi musim depan.

Ketika dihubungi sebentar tadi, Nazrin, 29, mengesahkan dia sudah pun berbincang dengan PAFA berhubung kedudukannya itu, namun belum pasti bila akan keputusan.

“Setakat ini sudah dua kali perbincangan diadakan tetapi belum ada keputusan. Entahlah saya tidak tahu kenapa berlaku kelewatan,” katanya.

Nazrin berkata, dia masih sayangkan Perak dan ingin kekal bersama terus skuad Yob jika boleh.

Katanya, dia sudah mendapat rentak dan semakin selesa bersama skuad Bos Gaurus.

“Setakat ini, saya sudah mendapat tawaran dari dua negeri iaitu dari pantai timur dan utara iaitu masing-masing pasukan dalam Liga Perdana dan Liga Super.

‘Tapi saya nak terus kekal di sini. Lagipun isteri saya, seorang doktor yang baru saja berpindah ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh awal Oktober lalu” katanya.

Disiarkan pada: November 17, 2017 @ 6:26pm
d