arena

Pogba belum kelas Gerrard

Oleh Mirror

RAFA Benitez mengatakan pemain Manchester United, Paul Pogba masih perlu menempuh perjalanan panjang sebelum boleh dibandingkan dengan Steven Gerrard.

Pogba kembali beraksi selepas berehat selama dua bulan dengan membantu kemenangan United ke atas skuad Newcastle dikendalikan Benitez.

Dia menjaringkan satu gol dan membantu satu jaringan.

Penyokong United bersorak kegembiraan berikutan prestasi dipamer oleh pemain mencipta rekod pembelian pada nilai £89 juta pound (RM490 juta) itu yang membolehkan skuad Jose Mourinho meraih tiga mata di laman sendiri.

Benitez pernah mengendalikan bekas kapten England itu di Liverpool mendakwa Pogba yang juga pemain antarabangsa Perancis belum dalam kelas seperti pemain tengah itu.

Tidak. mereka berbeza,” kata Benitez selepas kekalahan 4-1 di Old Trafford.

“Stevie pemain bertaraf tinggi untuk tempoh yang panjang dan Pogba perlu menimba lebih banyak pengalaman dalam bolasepak”, katanya.

“Dia (Gerrard) sangat konsisten, mampu mengubah perlawanan sama ada bola berada di kakinya atau tidak”.

Disiarkan pada: November 20, 2017 @ 4:31pm
d